bersangka baik dan mengawal marah

 

Sepanjang 23 tahun dan beberapa hari aku hidup dimuka bumi ini, ada dua perkara yang aku tidak akan cuba lupa dlm setiap perkara yang dilakukan..

  1. Bersangka baik dengan orang.
  2. Apabila marah, mausia cenderung akan melupakan secebis kebaikan yang pernah dilakukan kepada kita. maka pendekkan rasa marah.

Perkara 1, mmg sangat susah nak praktis. Aku mmg seorang yang kuat suspicious. Masa sekolah, mmg drama queen habis. tapi masa sekolahlah masa yang aku tahu, siapa yang sebenarnya berada dibelakang kita masa kita susah, masa kita popular, masa kita diambang kejatuhan. Tak ramai pun. dan masa inilah aku mula start rasa menyampah dengan ramai sgt org yang aku rasa Fake.

tapi bila umur makin meningkat, kita sendiri rasa penat. Penat nak drama queen lagi, penat nak amek pusing hal orang, penat nak rasa susah hati kenapa orang ni layan kita camni, penat nak jaga hati orang pun ya. and masa amek degreelah lebih macam-macam muka timbul. Actually, bende mudah is, tak yah la heran kenapa orang tu tetiba baik ngan orang tu, kenapa tetiba berdiam diri, kenapa keluar tak ajak orang tu orang tu. bende mudah is, tak perlu khuatir siapa tinggal sapa, siapa kawan baik ngn sapa, sapa menyampah ngn sapa, it’s all life. mungkin kene tinggal ngn member atas sebab sikap sendiri? sebab mungkin sebenarnya chemistry tu tak ada langsung, tetapi bertahan disebabkan sudah lama bersama? mungkin sebab member tu sendiri ada alasan berbeza yang sebenarnya tak perlu nk amek pusing pun ..

Mungkin sebenarnya semua tu masalah berpunca dari diri kita, tapi yang buat aku muhasabah ialah, aku tahu siapa dengan aku bila aku nangis nangis thesis kene reject dengan Dr Nazri, sapa yang bagi semangat, sapa yang tak reti bagi nasihat sewajarnya dan sapa yang betul2 tolong aku. Aku ingat dan tak akan lupa.

tetapi dlm byk2 perkara bila kita rasa diri dah tua, dah tak kuasa nak amek pusing. maka, hanya perlu bersangka baik, kurangkan rasa suspicious apa orang rasa pasal diri sendiri, janji buat kerja bagus, perform dengan baik, tidak sombong, orang tanya dengan baik, kita  layan baik. itu sahaja yang penting. sebb aku percaya mcm ni sebenarnya kita lebih happy seadaanya. Tak rugi tak fikir pasal orang, serius!

perkara 2, nampak mudah, tapi seriesly yang paling susah. Rasa marah ialah rasa yang paling susah untuk tak buat. Kadang2 bende kecil pun jadi isu padahal takde apepun. Mungkin sebab nada suara yg kedengaran tak selesa maka dengan murah meng-interprete rasa marah individu. maka melihat org marah, automatik jadi marah juga. Ala, aku pun macam ni. Rasa marah tu sellau ada, tetapi bagaimana kita kawal melalui suara. Bagi aku masa marah, berdiam diri lebih baik. Malah Rasulullah pun ketika marah, hanya diketahui muka Baginda merah menahan marah. ternyata tidak sukar mengawal marah.

dan apabila marah seseorang, memang secalit kebaikkan dia pada kita, (sebagai contoh mungkin tolong kita amek celotape ke, bagi hulur gunting ke kan) automatic kita lupa. Aku nak praktik ni bertahun tahun lamanya. Memang bukan senang, tak senang langsung. tapi tidak mustahil. Contoh, bile orang menyindir kita, dalam hati kita mesti akan ckp ‘ala kau ckp org, kau pun sama..’. aku memang  pantang sikit org scrastic . Tapi aku selalu fikir, aku pun dulu mulut memang celupar.. so ni lah kot akibat terlalu celupar, orang celupar balik kat aku. So aku diam jelah. tp dlm diam itulah sendiri terasa kemenangan sbb tak menjawab. tapi seriesly kepada sesapa yang sacrastic kan, or berjenis sacrastic, sebelum ckp pape, berfikirlah sebelum ckp pape sbb diri sendiri pun mungkin bukan contoh terbaik pada orang. Aku selalu ingat arwah Pak Amir selalu cakap, sebelum jawab soalan dia, fikir dulu. Die tak suka orang main jawab je soalan dia tanpa fikir. We’re dealing with people so it is supposed be not easy. So jangan buat orang marah kalau diri sendiri tak mahu marah marah tak tentu pasal.  dan apabila sedang marah, diamkan aje diri, sebab dengan menenangkan hati sendiri sebenarnya dapat elak perlbagai perkara yang boleh lead to something more dangerous. 🙂 sabar itu kunci segala-galanya (kata nad nordin)

yeah, not an easy things to do tetapi, umur dah tua..hidup tak panjang. buatlah perkara yang boleh memberi menfaat kepada orang lain. Kejar duit, kejar nama, kejar popularity, kejar cinta tak akn  kemana, jika bukan pada Allah tempat kita mengadu domba.

 

p/s : entri ini tidak merujuk kepada sesiapa kecuali diri si penulis dan juga pengalaman lepas yang menyebabkan dia menjadi agak berhati-hati.

 

 

Author: Rasyiqah H.

Very annoying.

Leave a comment