antara impian dan peluang.


Ini bukan post merungut@whining post / post meratapi nasib.. tetapi post untuk sama-sama sedar dan belajar.

I was a bit jealous seing many of my Puterian friends photo, maksudnya, photo kat over-the sea sanalah. Tak dilupa juga hampir separuh cousins yang mmg disana sekarang ni.

In my life, terus terang bgtaw, I planned a lot of thing. Because I am a person who plan and I can’t live without planning and trying to achieve it. Even dari kecik, mmg dlm hati, mesti nk belajar kat oversea. waktu tengah gile nak jadi Veterinar dulu, siap dah cari University kat Ireland for veterina ni [dan Westlife juga menjadi pendorong utama mehehhe]. People say I am too ambitious, but without small ambition, where do we go kan? I don’t really bother even ppl say, jgn merancang nanti tak jadi la apelah. It just people perception and I never got to believe it.

and byk benda sebenarnya aku dah rancang dan memang hampir kesemuanya akan berlainan arah tuju. masa diploma dulu, everything dah settle.. and I was completely upset with the whole thing bile almost everything dah sacrifice, time and money, tapi hancur cita citaku kali yang keberapa tah. memang betul, graduating from local university is still ok, but for me the value of an experience tu adalah segala-galanya. Aku bercita cita kesana bukanlah sebab nk berlagak or what, [well my family pun bukanlah mampu sgt nak support belajar sendiri] but the art of survival, the art of finding which course you want, the art of talking to the people who could help..it’s all sebenarnya mnjadi skill yang org tak tahu and hanya dapat rasa. Serious, aku apply semua benda ni sorang sorang, xde bantuan sesiapa pun bcz I’m not that lucky or rich to hire an agent untuk semua ni. Satu satu click. memang seriesly mcm nak nangis je, click satu satu Uni, setiap uni, baca cara nak apply, requirement dgn english mereka yang terlalu power utk level aku tapi digagahi juga, demi cita cita..

it is not an easy path.

Walaupun tak jadi continue degree disana, I still keep telling myself, ‘It’s ok syiqah, chances is everywhere.. sooner or later’. Untuk cure hati yang hancur ni bukan senang ye. Seyes aku ckp..aku mmg sgt2 kecewa masa ni. Walaupun Tak tergambar dengan wajah..tp kekusutan hati. Even angah ngn alang pujuk and pujuk pun, aku hanya berbekalkan kepercayaan akan ada masa aku nanti.

aku dah start cari and plan [seperti biasalah] utk posting postgrad pulak since first sem 4th year. Aku rasa dlm ramai-ramai bdk kelas, akulah yang paling awal buat bende ni. walaupun pointer merundum jatuh [yang memungkinkan tak dapat scholarship] aku takleh bagi minda aku jatuh lagi.. aku selalu ckp, aku tak boleh rasa down dgn apa yang jadi.. sebab cita cita aku lebih berharga dari ape pun jadi. then aku suke sbb ramai kawan-kawan kelas pun turut serta bercita cita macam aku. so I could talk and share about this. Bcz aku jalan sorang2 selama ni, gagal pun sorang2.. tanya pun sorang-sorang  kat lecturer2 yang dulu pernah apply. sekarang ada kawan-kawan..

dan apabila semua hampir selesai.. aku dioffer oleh suatu perkara yang mmg tidak bisa ku tolak. dan sekali lagi, cita citaku seperti terkubur disitu sahaja. Aku sedih sebenarnya..org tak tahu. Memang ye, rezeki dah diberi depan mata, dengan jalan yang paling mudah Allah bagi kat aku, utk sambung belajar.. Yang baca ni jgn salah faham, series aku 1000x sgt bersyukur..sbb ini yang aku nak sebenarnya, walaupun bukan di tempat yang aku mahu. Aku just sedih sebb aku mmg sgt bersungguh-sungguh buat, cari and apply benda ni.. redah hujan g EduFair sorang sorang, mesti bukan itu akhirannya.  Tetapi setiap langkah itu adalah pengalaman bgi aku, panat jerih tu semua, kemudian Allah dah bagi jalan paling mudah untuk aku tempuh sekarang dan Alhamdulillah sampai sekarang aku tak pernah berhenti rasa bersyukur dengan offer itu.

Ramai rakan dalam kelas aku, bercita cita nak sambung belajar tetapi kerana desakkan family, kesempitan hidup dan tanggungjawab, semua terpaksa tolak..

ada juga jenis orang yang dah diberi pinjaman, diberi loan belajar dan dihantar belajar, tetapi jiwa.. tak meletak sepenuh jiwa dlm pelajaran bila terlalu byk hal dunia untuk diuruskan..

ada jenis orang yang ada parents kaya, parents hantar belajar oversea lagi, tetapi hancur tenggelam di dalam dunia mereka..

bagi rakan-rakan aku yg bercita cita sambung belajar tetapi tidak dapat menunaikan cita cita mereka, It is ok. Jangan risau.. kalau semua org tak sokong kau, aku sokong kau dgn sedaya upaya aku sebagai kawan. dan  Allah ada jalan lebih baik untuk kamu.  Ini bukan jawapan selamat, tapi ini adalah apa yang kita percaya tentang qada & qadar. Macam aku, walaupun lain yang aku nak, lain yang aku dapat dan yang lain itu adalah lebih baik dari yang aku nak.. kamu faham? yang penting letak jiwa cari ilmu, bukan cari ilmu sbb nak attention and nak popular.. Jiwa mesti untuk ilmu Allah, barulah semuanya diredhai dan dipermudahkan. walaupun berapa byk plan hidup yang kau buat dan semua tak jadi kenyataan, It is OK. don’t worry.. percaya dan percaya.

dan aku jenis orang yang percaya, selagi kita ada cita cita, kita adalah org yang berjaya, sebab kita akan berusaha mencapai cita cita tu.  :)) InsyaAllah

p/s : perihal ‘jgn merancang nanti tak jadi’  tu semua auta dan hasutan je.  bg aku, seolah oleh bercakap mcm kita takda agama.