Rasyiqah Hassan

banyak betul cita-cita!

Posted on: October 26, 2009

Cita-cita asal saya ialah untuk menjadi seorang veterinar. Semasa di form 1, abang-abang telah mendidik otak dan fikiran saya dengan kisah-kisah doctor dan juga pendedahan diberi di National Geographic channel, animal planet dimana saya suka. Bukan setakat itu, angah juga mendidik saya mencintai sejarah dan kadang2 dia membuat saya ingin menjadi sejarawan.

Tetapi seawall form 1, saya sudah mula berangan. Dengan masih baru di dunia music, saya juga mula mencipta puisi-puisi. Pada masa ini pergaulan saya disekolah tidak hanya terhad dikalangan orang melayu tetapi pelbagai bangsa. Saya belajar keindahan Literature dan berkongsi-kongsi idea. Ketika ini, Alicia menjadi peneman puisi. Habis diary saya diisi dengan idea-idea kami yang pelbagai. Saya juga suka membaca karya-karya literature yang diperkenalkan Michelle Tam.

Novel terawal yang pernah saya tulis adalah Nur Nilam Sari semasa di standard 6 tapi masa itu kebolehan menulis hanyalah ala kadar. Saya serius merangka perjalanan cerita Amanda & Peter Walker kerana cerita itu drangka sejak saya di Standard 5 lagi. Ia mengisahkan perjalanan hidup Amanda yang dibesarkan oleh abang kandungnya, Peter dan bagaimana mereka mengharungi hidup tanpa kehadiran ibu-bapa. Saya percaya hampir kesemua rakan baik saya ketika ini telah membaca Skrip cerita ini. Saya Berjaya menghabiskan 3 siri tetapi siri yang terakhir terdapat masalah dan datanya telah hilang dari disket saya.

Kemudian sya menulis cerita bertajuk “Moody’s Point” tetapi malangnya saya tidak berkesempatan untuk menyudahkan cerita ini. Saya masih active merangka  cerita seperti “dekat padamu’ dan ‘Iveleeya Sofea’ dimana mengisahkan perjalanan pelukis gadis bisu  yang Berjaya saya siapkan ketika praktikal di DBKL.  Sekarang saya sedang gigih berusaha menyiapakan ‘Aku, Dia dan Selamanya’. Kisah tentang dua orang sahabat akrab.

Ramai kata saya berbakat dalam bidang penulisan tetapi jujur saya katakana yang saya lebih suka menjadikan ia sebagai hobby semata-mata. Menulis adalah kepuasan diri. Saya terlalu suka menulis. Setiap perkara yang bermain dihadapan saya boleh diolah menjadi satu cerita di dalam otak. Jadi tidak hairan mengapa kadang2 saya terlalu touching ataupun emo sedikit. Saya terus menulis kerana saya suka.

Pada masa ini juga saya ingin menjadi seorang arkitek. Saya masih ingat bagaimana saya mula belajar melukis rumah dan komponen dalaman menerusi pandangan mata. Ketika ini izyan selalu menggelakkan saya kerana ketika saya nak jadi verterinar dalhulu, saya sudah merangka masa hadapan untuk membuka klinik verterinar dan saya telah menbajet keewangan masa hadapan. Gila kan? Sejak di tingkatan 4, saya sangat2 berharap untuk menjadi arktek yang Berjaya. Seperti biasa pembacaan dan saya melatih diri untuk suka melukis. (utk pengetahuan semua orang saya masih baru dalam dunia sketching).

Tetapi malangnya, saya tidak diterima menjadi student architecture dimana2 uni. Rezeki saya adalah di bidang yang sememangnya luar jangkaan iaitu ‘perancang Bandar’. Saya tiada passion dan minat langsung dalam bidang ini. Tetapi saya gigihkan hati belajar demi masa depan yang cemerlang. Pada ketika dalam proses pembelajaran saya dapat merasakan betapa hebatnya perancang Bandar. Bukan kerana saya tidak suka tetapi beban yang saya perlu tanggung dan hadapi jika suatu hari nanti saya ialah seorang perancang Bandar. Ia adalah kerjaya yang sangat mulia kerana kita memikirkan tanggungjawab kepada manusia diseluruh alam. Dan saya boleh katakana ketika ini, jika melakukan kerja-kerja berkaitan perancang, misi bukanlah untuk mendapat A, tetapi untuk mendapat A  dimata manusia. Perancang Bandar bukan perkara yang main-main. Banyak yang harus difikirkan.

Namun saya tak bohongi hati saya masih lagi dalam bidang architecture. Mungkin pendapat ramai mengatakan bahawa saya seorang individualistic. Tetapi cita-cita saya masih lagi mahu mengejar impian dahulu. Begitu juga dalam bidang music. Saya masih menulis lagu, belajar bermain gitar dan polish myself  in keyboard kerana ini merupakan hobi dan minat tetapi bukan cita-cita saya. Saya masih mahu menjadi seorang sejarawan dan sasterawan. Dan saya percaya tiada halangan dalam mengejar impian, minat dan cita-cita sekaligus. Ini bukan tamak tetapi ini perjalanan untuk mencari ilmu.

Saya berharap masa hadapan kita semua mudah dan sejujurnya  tidak sukar untuk mengejar impian. Dengan doa ibu bapa yang tidak mungkin berakhir dan sokongan adik-beradik dan sahabat akrab yang telah melihat saat-saat kejatuhan dan kebangkitan diri kita, Insyaallah tiada apa yang mustahil dalam kehidupan ini.

Advertisements

4 Responses to "banyak betul cita-cita!"

dalm dunia ini, kita boleh jadi apa sahaja yang kita mahukan … bak pepatah lama, di mana ada kemahuan di situ ada jalan ..

begitu juga laa, kemahuan hidup kau .. apa yang kau mahukan itu, mesti ada cara untuk menggapai ye .. tidak kisah laa kepada tahap yang kau akan kecapi nanti .. ada tahap profesional atau pun tahap yang hanya sesuai hanya untuk hobi .. namun, yang paling penting adalah usaha ke arah tersebut .. perjalanan itu adalah lebih indah daripada matlamat yang kita tetapkan ..

kerana perjalanan itu, penuh dengan pengalaman .. dan pengalaman itu akan membuatkan kau lain .. lain dari orang yang tidak merasai perjalanan seperti yang ko lalui .. itu yang membezakan kau sebagai penulis dengan penulis yang lain .. itu membezakan kau pemuzik daripada pemuzik yang lain .. itu membezakan sejarawan daripada sejarawan yang lain .. membezakan kau sebagai vertinier daripada vertinier yang lain .. bezakan kau sebagai arkitek dengan arkitek yang lain .. dan bezakan kau sebagai ‘Perancang Bandar’ dengan Perancang Bandar yang lain ..

Kau berbeza .. hargailah ..

(er .. i better stop right here, evethough there are still few word to continue .. ni yang susah ni kalo aku baca menda2 yang ko tulis ni .. haha)

tidak salah mempunyai byk impian dan cita2! teruskanlah usaha murni anda.

be architect?? sama juga. siyes musti ko gelak law aku citer nape aku x aply architecture mase mude2 dule.ceh! xmo citer sini..ngee.. macam aku. masih interested kat architecture but aku jugak da jatuh cinta sama planner. tamak sungguh kan?? aku teringin nk jadi macam ayh said. seorang engineer, seorang architecture, seorang planner dan seorang urban designer. hebat bukan.

urm.. aper2 cayok2 r. same berjaye ngn ape yg kite same2 nak jadi (aku pun masih konpius nak jadi ape..haha)

ha thankiu semua orang…
tapi memang, ayah said sgt hebat.. aku pun nak jadi musician dan planner yang hebat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

+ she says +


Currently in Edin <3 :)

Current Location

1-202-555-1212
Lunch: 11am - 2pm
Fri-Sat: 8am - 4pm

WishList

  1. Buy a home before reaching 32 y/o
  2. Travel Alone
  3. Find a soulmate
  4. Ask a stranger for a date

Travelogue 2014

  • Cambodia
  • Vietnam
  • Singapore (USS).
  • Bangkok
  • Kinabalu - 24-29 Oct 2012
  • Krabi - 22th - 25th January 2014
  • Japan (Tokyo) - 25th March - 4th April 2014
  • Mabul- Sabah -
  • Travelogue 2015

  • EUROPE Trip :) - 27 September - 5th October
  • Travelogue 2016

  • Thailand for Bridal's Party Mania - October 2016
  • Har Bin and Shang Hai - December 2016
  • Travelogue 2017

  • Singapore - September 2017
  • Hong Kong - December
  • Birthday

    My BirthdayDecember 24th, 2016
    Say Happy Birthday Me!

    : DATE : YEAR :

    October 2009
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

    LIBRARY.

    %d bloggers like this: