Rasyiqah Hassan

Cerpen : Aku, Dia dan Selamanya [part two]

Posted on: June 12, 2009

Gila.

Adakah aku menjadi semakin gila? 

0535 pm

Dengupan jantung sangat kencang ketika itu. Aku telah berlari dari Pavilion menuju ke KLCC demi mengejar LRT untuk menuju ke suatu tempat iaitu Kl Sentral. Aku berlari sekuat hati. Aku mahu segera tiba sebelum dia tiba. Aku mahu sampai sebelum Dia sampai, sebelum si gadis bertemu dengan lelaki yang kucintai.

Penat. Jantung semakin kencang dan seakan mahu tercabut tetapi dalam hati aku kuatkan peasaan. Aku meyakinkan diri sendiri, Aku mesti sampai sebelum dia. Aku mesti bersuara, aku mesti beritahu perkara sebenar.. Aku harap perkara yang ku rancang akan terjadi.

“Maafkan aku. Aku dah cuba tetapi perasaan ini terlalu kuat untuk kau. Aku rasa sangat sukar sekarang, sangat sukar untuk aku lupakan kau dan aku rasa sangat susah untuk kawal perasaan sekarang ni. Jadi aku rasa lebih baik kita jarakkan diri antara kita. Aku mintak maaf sebaba dari mula, aku tak seharusnya menyukai kau dan semua ni tak patut berlaku. Kau tak patut tahu. Aku dah tak boleh melihat sebagai sahabat lagi buat masa sekarang. It just sangat susah. Kita memang boleh jadi macam Mira & Bak, kalaulah aku tak ada perasaan ini. Sorry.”

Aku kejar masa, aku kejar diri sendiri. Perlukah memberitahunya? Mestikah? Sellfishkah berbuat demikian. Memutuskan persahabatan adalah dosa tetapi ini mungkin lebih baik untuk kita. Mungkin ya, mungkin tidak.

Aku tak pasti.

 Barisan panjang yang penuh dengan manusia. Aku seakan mahu beredar dan membiarkan persoalan ini tergantung. Dalam hati sangat berdebar-debar. Sempatkah aku? Aku sangat penat. Lapar pun ada. I never had anything in my stomach dan aku masih lagi mahu berlari-lari.

 

0600pm

Tiba di KL Sentral dengan perasaan yang sungguh bercampur baur. Oh, perlukah aku balik semula ke Pavilion?  Tuhan, adakah ini yang seharusnya aku lakukan?

Sekarang kamu, lelaki yang kucintai berada dihadapanku..

Apa yang akan terjadi jika aku bicarakan sekarang?

 Kepenatan memaksa aku duduk dan berbual bersama sahabat. Aku memberitahu aku mungkin melanjutkan pengajian ke luar Negara akhir tahun ini, jika dengan keizinan-NYA. Kemungkinan aku tidak bersama kamu lagi. Dan kamu, lelaki yang aku cintai memandang tanpa sebarang rasa.

 Terima kasih sahabat kerana melayan perasaan aku ketika ini. Melayan kerenah aku. Sesungguhnya aku bersyukur mengenali sahabat. Sahabat yang berusaha mengenali aku tanpa kata orang lain. menjadi seorang sahabat yang baik.

                “Dia hipokrit. Mulut cakap lain, hati cakap lain. janganlah sensitive sangat.

Aku mahu menangis di bahu sahabat kerana kata-katanya membunuh perasaan aku..

 

0645pm

Dan kau, lelaki yang kucintai, sedang resah. Si gadis tidak menagngkat panggilanmu.  Aku melihat kau masih setia menunggu. Masa ini aku sangat sedih melihat kau yang menipu diri sendiri. Kenapa ya? Apa hebatnya dia? Yang menyebabkan kau kaku, hilang dalam punca? Yang menyebabkan kau tidak langsung cuba memberi peluang?

 Ketika ini aku terkenang sesorang yang pernah rapat denganku. Seseorang yang juga dahulu rapat denganmu. Dan melihat betapa kecewanya dia apabila kau membelakanginya kerana si gadis. Betapa kecewanya sahabatmu itu melihat kau mati didalam angan-angan. Dan sahabatmu itu meluahkan padaku dahulu, sebelum aku mengenali kau lagi. Dan perasaan sahabatmu itu ada padaku sekarang. Dan sahabatmu itu memilih untuk tidak lagi kisah atau mengambil tahu dan aku ketika ini sungguh faham, yang dia kecewa seperti aku.

 Begitu juga dengan yang lain-lain. dia, mereka dan aku kini telah penat. Maka kata-kata itu aku abaikan. Kau juga telah manganggap aku sebagai perosak, biarlah aku simpan sendiri. Mungkin ini ketentuanNYA, yang kita sememangnya tidak serasi walaupun sebagai sahabat.

 Kepenatan itu aku bawa menjadi kenangan.

 Hatiku berdegup kencang lagi. Aku pelok sahabatku. Dirasakan bagai pertemuan akhir kami. Aku memicit mukanya sehingga merah. Diharap dia tahu aku bersyukur mengenalinya.

 Dan kau lelaki yang kucintai, mungkin sampai sini saja aku ingin bercerita tentang kau. Aku memelok kau. Dan ini adalah kata-kata terakhirku sebelum aku meninggalkan kau, –Dia hanya buat apa yang kau minta dari dia dahulu (tidak member harapan), maka fahamilah.-

 Dan disudut hati kau , aku tahu kau tidak mahu lagi mengakui.

 Aku berlari semula ke tempat aku bermula. Aku berharap itulah kata-kata terakhirku sebagai sahabat dan sebagai orang yang menyintai kau. Dan inilah kali terakhir akan ku bercerita tentang kau, si gadis dan perasaan ini.

 Esok, kau akanku padam. Aku penat.  Dan aku sudah tidak berdaya lagi.

Dan dengan tidak sedar aku menitiskan air mata di hadapan Pavilion.. aku menyesal mengenali kau.

 

*****

 

 

p/s : Sebuah kisah. Rasanya ada bakat tak jadi penulis novel? =P

Advertisements

5 Responses to "Cerpen : Aku, Dia dan Selamanya [part two]"

wah … hem, aku rase, aku suka lg masa ko tulis nur nilam sari tuh ….

hey.
aku kata jgn menyesal kan?

Sheeq, I love and adore your writing. I’m you no one fan. haha. Paling suka, novel English pertama. Sangat menyukai everything dat u write. hehe.

Answer to ko pnye soklan,
Ya! Anda memang berbakat. Tidak dinafikan.

kisah benar ke nieh ?? wuish …

ipai: Nilam sari tuh entah mana skrip die..

Kecik : Takdelah..

Ean : Thnakiu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

+ she says +


Currently in Edin <3 :)

Current Location

1-202-555-1212
Lunch: 11am - 2pm
Fri-Sat: 8am - 4pm

WishList

  1. Buy a home before reaching 32 y/o
  2. Travel Alone
  3. Find a soulmate
  4. Ask a stranger for a date

Travelogue 2014

  • Cambodia
  • Vietnam
  • Singapore (USS).
  • Bangkok
  • Kinabalu - 24-29 Oct 2012
  • Krabi - 22th - 25th January 2014
  • Japan (Tokyo) - 25th March - 4th April 2014
  • Mabul- Sabah -
  • Travelogue 2015

  • EUROPE Trip :) - 27 September - 5th October
  • Travelogue 2016

  • Thailand for Bridal's Party Mania - October 2016
  • Har Bin and Shang Hai - December 2016
  • Travelogue 2017

  • Singapore - September 2017
  • Hong Kong - December
  • Birthday

    My BirthdayDecember 24th, 2016
    Say Happy Birthday Me!

    : DATE : YEAR :

    June 2009
    M T W T F S S
    « May   Jul »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  

    LIBRARY.

    %d bloggers like this: